Saya agak "amused" apabila isu Anwar muncul lagi. Seperti biasa, para blogger ada-ada aja akan mengemukakan teori dan spekulasi masing-masing mengenai isu ini. Menarik juga. Tetapi perlu difikirkan, sebagai seorang insan muda dan mentah seperti saya ini yang berfikiran terhad, nak pula mengenai isu-isu berat seperti politik dan konspirasi itu-ini, agak kasihan bila akan ada golongan yang akan membuta-tuli membuat pertuduhan untuk mendapat perhatian bagi pihak tertentu? Dan saya pasti mesti ada pihak yang TERPEDAYA dengan teori-teori spekulasi sensasi panas-panas ini.
***
Dipetik dari ruang komen dan blog:
Persoalan yang "nyata" mengenai isu Anwar di-ahem:
("Selective Perception" untuk pengikut setia Anwar)
1) Anwar telah di-set up untuk menjatuhkan karier politik beliau, justeru terkubur cita-cita beliau mahu mengambil alih kerajaan Persekutuan Malaysia?
2) Saiful itu orang kuat Najib kerana bergambar di Pejabat Najib, dan juga orang kuat BN kerana ada gambar dengan Menteri-menteri BN yang lain?
3) Anwar tidak bersalah dan telah difitnah, apatah lagi isteri dan anaknya masih menyokong penuh bahawa beliau sesungguhnya tidak bersalah?
4) Alasan "diliwat" adalah dakwaan yang tidak masuk akal kerana kes Anwar dahulu juga didakwa pertuduhan yang tidak benar?
Teori-teori HOT lain:
("Seleective Perception" bagi pihak yang anti-Anwar)
1) Ini adalah kerja Anwar Ibrahim jugak. Dia yang mengupah pekerjanya untuk membuat laporan Polis konon-kononnya diliwat. Supaya penyokong-penyokongnya akan fikir ini kerja BN?
2) Saiful digunakan untuk memburukkan lagi imej Pak Lah dan Najib, bahawa ini satu konspirasi BN, walhal menguatkan lagi kebencian kepada BN?
3) Jika laporan polis terhadap Anwar ini palsu (Saiful "dibeli"), Statutory Declaration oleh RPK terhadap Najib, Rosmah, dll juga palsu (RPK juga "dibeli")?
4) Isu ini dibangkitkan bukan sahaja untuk menjatuhkan Pak Lah, Najib (orang no. 1 dan 2 di Malaysia) tetapi juga Anwar (PM in waiting?) supaya orang lain yang boleh naik?
5) PKR yang memang sudah tahu Saiful dari dahulu adalah "spy BN" lantas mengambil peluang ini mengenakan balik kerajaan BN?
***
Aih, macam-macam kan? Kasihan pemerhati tepi jalan macam kami ni nak buat penilaian. Tapi perlu juga ingat, janganlah terlalu taksub kepada mana-mana pihak. Apa guna jika kita hanya menerima pendapat dan teori yang kita "fikir" adalah benar, semata-mata untuk mengukuhkan lagi kepada diri kita sendiri, bahawa apa yang kita fikirkan selama ini adalah benar... Itu namanya "selective perception"- You only believe what you expect.
Politik MEMANG comel.
Sunday, June 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment